30 rumah musnah terbakar, seorang lelaki OKU rentung

26 Dec 2025 • 12:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 30 rumah musnah terbakar di seberang Pekan Sangan. Foto JBPM

SIBU - Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung, manakala lebih 90 penghuni terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan 30 rumah setinggan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sangan Iban, Tatau, Bintulu malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Geruna Enchana, 22, ditemukan rentung di lokasi kejadian pada jam 2.36 pagi.

Kata jurucakap itu, sebaik sahaja menerima panggilan pada 11.18 malam, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 30 rumah terbakar 100 peratus, manakala sebuah rumah berjaya diselamatkan. Lokasi kebakaran berada di seberang sungai dan tiada akses jalan raya.

"Pihak bomba bertindak memindahkan peralatan pemadaman ke dalam perahu penduduk kampung dengan menyeberang untuk sampai ke lokasi kebakaran.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari sungai berhampiran sehingga kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba juga katanya, berjaya menyelamatkan sekolah berhampiran dalam kejadian itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved