30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis

17 Jan 2023 • 11:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis

Bos Mafia Itali yang paling dikehendaki bernama Matteo Messina Denaro telah ditangkap di Sicily selepas 30 tahun hidup dalam pelarian, lapor BBC.

Messina Denaro dilaporkan telah ditahan di sebuah klinik swasta di ibu kota Sicily, Palermo sewaktu sedang menerima rawatan untuk kanser yang dihidapinya.

Dia didakwa sebagai bos kepada kumpulan mafia Cosa Nostra yang terkenal dengan banyak kes pembunuhan. Dia juga telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran pada tahun 2002 yang lalu.

Lebih 100 anggota tentera terlibat dalam proses penahan bos mafia terkenal tersebut.

Media Itali melaporkan bahawa Messina Denaro telah ditangkap pada pukul 10:00 sebelum dibawa ke lokasi rahsia oleh Carabinieri. Dia dilaporkan melawat klinik itu dengan menggunakan nama samaran untuk menjalani rawatan kemoterapi.

Sebuah video yang diedarkan oleh media Itali menunjukkan orang ramai berdiri di sepanjang jalan dan memuji polis Itali ketika Messina Denaro dibawa pergi.

Messina telah disabitkan dalam beberapa kejadian pembunuhan dan antaranya ialah pembunuhan dua orang pendakwa raya, Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino pada 1992.

Dia juga turut dilaporkan terlibat dalam serangan bom maut di Milan, Florence dan Rom pada 1993 dan penculikan, penyeksaan serta pembunuhan anak seorang saksi penting kes mafia yang berusia 11 tahun.

Sebelum ini, Messina Denaro pernah mengatakan bahawa dia boleh “memenuhi tanah perkuburan” dengan mangsa bunuhnya.

Bos mafia itu juga terlibat dalam kegiatan meragut, pembuangan sisa haram, penggubalan wang haram dan pengedaran sindiket dadah jenayah terancang dalam kumpulan Cosa Nostra yang berkuasa.

Messina juga dianggap sebagai “penyimpan rahsia” terakhir kumpulan Cosa Nostra. Ramai pemberi maklumat dan pendakwa percaya bahawa dia memegang semua maklumat dan nama mereka yang terlibat dalam beberapa jenayah berprofil tinggi oleh Mafia, termasuk serangan bom yang membunuh majistret Falcone dan Borsellino.

Penahanannya akan menjadi tanda harapan yang tidak dijangka bahawa kegiatan Mafia boleh dihapuskan walaupun di wilayah selatan negara itu, di mana negeri itu dianggap sebagai kawasan kubu kuat bagi kegiatan Mafia.

Gian Carlo Caselli, seorang hakim dan bekas pendakwa raya berkata penahanan Messina Denaro adalah satu peristiwa yang luar biasa di mana ia mungkin membawa kepada perkembangan penting dalam siasatan ke atas serangan bom pada 1993 lalu.

Sumber: BBC