30 Tahun Shangri-La Rasa Ria, Mengapa Resort Ini Masih Berbaloi Untuk Diterokai?

27 Aug 2026 • 1:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Selepas tiga dekad berdiri di pesisir Pantai Dalit, Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu membuktikan bahawa pengalaman di sebuah resort tidak semestinya berakhir pada bilik yang selesa dan pemandangan laut.

Empat hari tiga malam di resort ini memperlihatkan sisi yang lebih menyeluruh, daripada alam semula jadi dan aktiviti budaya hinggalah pengalaman gastronomi yang melengkapkan percutian.

Terletak menghadap Laut China Selatan, resort ini menawarkan ruang penginapan yang luas dan selesa, termasuk suite junior di Ocean Wing yang dilengkapi katil bersaiz king serta balkoni peribadi dengan tab mandi terbuka.

Image from: 30 Tahun Shangri-La Rasa Ria, Mengapa Resort Ini Masih Berbaloi Untuk Diterokai?

Namun, daya tarikan Rasa Ria sebenarnya bermula apabila tetamu melangkah keluar dari bilik.

Pantai Dalit menjadi antara tarikan utama resort, khususnya ketika petang apabila suasana lebih tenang dan matahari mula terbenam di ufuk. Berjalan di sepanjang pantai sambil menikmati angin laut menjadi aktiviti paling mudah, tetapi cukup untuk membuatkan seseorang memperlahankan rentak.

Lebih menarik, pengalaman di Rasa Ria tidak terhad kepada kawasan pantai. Rasa Ria Nature Reserve membuka peluang kepada tetamu untuk mengenali alam semula jadi dengan lebih dekat. 

Antara aktiviti yang boleh disertai termasuk night walk di Timpak Pogimpaan, yang membawa tetamu meneroka persekitaran resort selepas matahari terbenam dan mengenali hidupan malam yang aktif pada waktu tersebut.

Image from: 30 Tahun Shangri-La Rasa Ria, Mengapa Resort Ini Masih Berbaloi Untuk Diterokai?

Aktiviti budaya turut menjadi sebahagian daripada pengalaman, termasuk mencanting batik dan menyaksikan persembahan kebudayaan.

Aspek kelestarian pula diketengahkan menerusi EcoRia, termasuk usaha seperti kitar semula kaca serta sistem penuaian dan rawatan air hujan. Konsep ini menjadikan kelestarian sebahagian daripada operasi dan pengalaman tetamu, bukannya sekadar kempen yang dipamerkan.

Pengalaman ‘Rooted In Nature Cooking Demo’ pula menghubungkan makanan dengan alam serta sumber tempatan, memberikan perspektif berbeza tentang bagaimana sesuatu destinasi boleh diterokai menerusi gastronomi.

Bercakap tentang makanan, tetamu mempunyai beberapa pilihan untuk menjamu selera termasuk Oceano Modern Grill, Coffee Terrace, Tepi Laut dan Kozan Teppan-yaki, masing-masing menawarkan suasana serta pengalaman kulinari yang berbeza.

Image from: 30 Tahun Shangri-La Rasa Ria, Mengapa Resort Ini Masih Berbaloi Untuk Diterokai?

Sempena ulang tahun ke-30, Shangri-La Rasa Ria kini menawarkan promosi ‘Limited Time Offer: 3rd Night On Us’. Tetamu yang menempah penginapan tiga malam hanya perlu membayar untuk dua malam.

Tempahan masih dibuka sehingga 30 Ogos 2026 untuk penginapan antara 15 Ogos 2026 hingga 30 Januari 2027. Tawaran turut merangkumi sarapan bufet untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, akses tanpa had ke Discovery Centre, Forest Garden dan Waterfall, selain aktiviti berjadual tanpa caj untuk kanak-kanak dan dewasa.

Image from: 30 Tahun Shangri-La Rasa Ria, Mengapa Resort Ini Masih Berbaloi Untuk Diterokai?

Selepas 30 tahun, mungkin itulah kekuatan sebenar Rasa Ria — ia bukan sekadar tempat untuk bermalam, tetapi destinasi yang membolehkan tetamu memilih sendiri rentak percutian, sama ada mahu meneroka alam, menikmati makanan atau sekadar duduk menghadap laut tanpa melakukan apa-apa. - Getaran, 27 Ogos 2026

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved