300 mangsa banjir kilat Kota Tinggi dibenar pulang

5 May 2024 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS SK Bukit Lintang dibenarkan pulang pada Ahad.

KOTA TINGGI - Seramai 300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang dibenarkan pulang pada Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS berkenaan ditutup secara rasmi pada jam 2.30 petang.

Katanya, mangsa dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka pada tengah hari Sabtu.

"Menerusi pemantauan dan penilaian kawasan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi mendapati keadaan air sungai dalam kedudukan normal dan banjir di kawasan rumah surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan dua kampung dinaiki air dan seramai 300 mangsa daripada 69 keluarga ditempatkan di PPS SK Bukit Lintang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved