300 pemimpin C-Suite bakal tangani jurang Kepimpinan AI Malaysia di Summit of Titans II

LocalTechnology
29 May 2026 • 2:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

300 pemimpin C-Suite bakal tangani jurang Kepimpinan AI Malaysia di Summit of Titans II Image from: 300 pemimpin C-Suite bakal tangani jurang Kepimpinan AI Malaysia di Summit of Titans II johardy29/05/2026 - 14:55 Pemimpin industri pada Summit of Titans 2025 tahun lalu, sebuah perhimpunan yang memfokuskan kepimpinan, inovasi, dan kolaborasi. Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Mei - Pelan hala tuju kecerdasan buatan (AI) negara terus diperkasakan menerusi usaha membincangkan kesiapsiagaan kepimpinan dalam era teknologi berkenaan.

 

Langkah itu bertujuan memastikan pemimpin bukan sekadar memahami teknologi AI, sebaliknya cukup berani untuk memimpin era transformasi tersebut.

 

Sehubungan itu, seramai 300 eksekutif kanan negara bakal berhimpun pada Summit of Titans II bagi menangani jurang berkenaan. Persidangan anjuran Futurefirst Solutions Sdn. Bhd. itu akan berlangsung pada 9 Jun ini di New Ocean World, Petaling Jaya dan diadakan secara jemputan sahaja.

 

Program berkenaan menghimpunkan tokoh perniagaan kanan negara serta eksekutif tertinggi yang mengurus puluhan ribu pekerja di syarikat multinasional terbesar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia, termasuk pengurus besar, pengarah urusan serta ketua pegawai sumber manusia.

 

Kepimpinan AI perlukan keberanian

Pengasas bersama Futurefirst Solutions, Shankar Nagalingam berkata, era AI memerlukan bentuk kepimpinan yang berbeza.

 

“Era AI tidak akan dimenangi oleh mereka yang sekadar memahami teknologinya, sebaliknya oleh mereka yang cukup berani untuk memimpin melaluinya,” katanya.

 

Sidang kemuncak itu bertujuan memperkasa pembuat keputusan kanan dengan keupayaan yang diperlukan untuk memimpin organisasi dalam menghadapi perubahan pesat yang didorong AI, di samping memperkukuh kerjasama, proses membuat keputusan dan kesiapsiagaan kepimpinan merentas industri.

 

Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu akan dirasmikan oleh Pengerusi SIRIM Bhd. yang juga Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali.

 

Pakar strategi AI, penulis dan penceramah TEDx, Profesor Keith Carter pula akan menyampaikan ucaptama mengenai keupayaan kepimpinan yang diperlukan dalam dunia dipacu AI.

 

Sesi itu akan diteruskan dengan panel rentas industri yang menampilkan ASEAN Lead di IBM, Catherine Lian; Presiden Semiconductor Industry Association of Singapore, Ang Wee Seng; serta pengasas Binacap, Sunderaj Nagalingam.


 

solar
Pengasas bersama Futurefirst Solutions Sdn Bhd, Shankar Nagalingam (kanan) dan Dr Chanthiran Veerasamy

 


AI dijangka ubah landskap tenaga kerja korporat

Antara acara utama ialah The Titans’ Fireside, iaitu sesi perbualan santai selama 20 minit antara Pengurus Besar Dell Technologies, Andy M dan Pengurus Besar Experian, Chua Chai Peng.

 

Sesi berkenaan dijangka membincangkan sama ada AI mampu menggantikan 30% tenaga kerja korporat dalam tempoh 24 bulan, serta sejauh mana pemimpin kanan benar-benar bersedia menghadapi realiti tersebut dalam organisasi masing-masing.

 

Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama, Dr. Chanthiran Veerasamy berkata, masa untuk terus menunggu sudah berlalu.

 

“Menunggu untuk melihat bagaimana AI berkembang bukan lagi satu strategi. Pemimpin yang bertindak sekarang akan menentukan hala tuju industri masing-masing, manakala selebihnya hanya akan mengikut,” katanya.

 

TARANTULA TRAIL 

Sidang kemuncak itu turut menyaksikan pelancaran rasmi TARANTULA TRAIL, sebuah inisiatif kepimpinan baharu oleh Futurefirst Solutions.

 

Treler sinematik berkaitan inisiatif tersebut akan ditayangkan pada hari acara, selain kedua-dua pengasas bersama berkongsi perjalanan pembangunan projek berkenaan bersama para hadirin.

 

Summit of Titans II menyusuli penganjuran edisi pertama yang mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pemimpin kanan.


 

solar

 


Penganjuran kali kedua itu diadakan ketika AI semakin berkembang daripada sekadar program perintis kepada teras operasi perniagaan di seluruh Malaysia.

 

Pendaftaran untuk sidang kemuncak itu, yang turut ditaja bersama oleh UOA Academy dan Technomech, dibuka secara eksklusif di sini.

 

Dengan AI terus mengubah cara syarikat di Malaysia beroperasi, penganjur berkata persoalannya kini bukan lagi sama ada pemimpin perlu bertindak, tetapi sama ada mereka benar-benar sudah bersedia. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article