3000 Pek Makanan Siap Untuk Diagihkan Kepada Mangsa Banjir di Negeri Kedah

23 Sep 2024 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

3000 Pek Makanan Siap Untuk Diagihkan Kepada Mangsa Banjir di Negeri Kedah

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kedah dengan sokongan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia bersiap siaga untuk memberi bantuan kepada hampir 3000 keluarga di sekitar Negeri Kedah baru-baru ini.

Susulan itu, 3000 pek makanan sudah disiapkan dan akan diagihkan di 5 daerah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang dan Bandar Baharu.

Pek makanan ini merupakan sumbangan daripada syarikat korporat yang terdiri daripada Nestle, Hurix’s, Beras Jati, Lotus dan Ninso dengan kerjasama para sukarelawan daripada pihak Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Kolej Keda, Persatuan Warga Emas Kota Setar dan Majlis Belia Negeri Kedah.

image is not available

Selain daripada pemberian pek makanan, BSMM Kedah juga telah menggerakkan 81 anggota para sukarelawan untuk berperanan dalam pencegahan penyakit berjangkit akibat air, khidmat sokongan psikososial kepada mangsa banjir dan akan membersihkan kediaman di kawasan kawasan yang telah dikenalpasti terjejas teruk.

image is not available

Majlis penyerahan bantuan barangan ini telah berlangsung di SMK Pendang pada 23 September 2024, dengan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada syarikat korporat yang menyumbang, pegawai daerah, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), wakil-wakil agensi seperti Pejabat Pendidikan Negeri Kedah, Bomba Malaysia, dan Pejabat Pendidikan Daerah Pendang.