305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 6:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak

JAKARTA – Kebakaran tanah gambut di Desa Jelutung II, wilayah Bangka  Belitung  merebak ke kawasan perumahan dan memusnahkan 305 buah rumah penduduk, lapor laman berita Detik News.

Meskipun tiada nyawa terkorban, titik api di lokasi kejadian masih belum padam sepenuhnya sehingga kini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Brigedier Jeneral Murry Mirranda berkata, pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pelbagai agensi kini bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran yang tersembunyi di bawah tanah gambut.

“Di bahagian bawah tanah masih ada api yang menyala. 

“Kita berganding bahu memadamkan sisa api ini bagi memastikan tiada cetusan kebakaran baharu yang boleh merebak semula,” katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS), malam semalam.

Jelasnya, kebanyakan kediaman yang musnah dalam kejadian itu merupakan rumah separuh kekal yang dibina di atas kawasan tanah gambut seluas 4 hektar.

Sehingga kini, seramai 213 anggota polis ditempatkan di lokasi bagi memantau pergerakan titik api serta mengawal keadaan keselamatan.

Bagi meringankan beban 500 mangsa yang terjejas, pihak berkuasa  menyalurkan pelbagai bantuan asas termasuk tiga lori yang membawa barangan keperluan asas dan pakaian terpakai.

Punca sebenar kejadian kebakaran masih dalam siasatan polis . – AGENSI

The post 305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved