31 Honda N-Box Hangus, Mujur Tiada Yang Rentung

LocalCars
2 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebanyak 31 buah kereta Honda N-Box hangus terbakar dalam satu kejadian kebakaran di atas bumbung tempat letak kereta bangunan komersial Golden Mile Tower di Beach Road, Singapura, kelmarin.

Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan kenderaan elektrik dan mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, kesemua Honda N-Box itu adalah unit grey import yang disimpan di kawasan parkir itu sementara menunggu ia disewa dan dijual.

image is not available

Malangnya, semua unit itu hangus terbakar.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya sempat memindahkan 45 orang dari premis itu.

“Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kereta terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip video di internet yang menunjukkan berpuluh-puluh kereta di tempat letak kereta premis itu terlibat dalam kebakaran dengan letupan kedengaran dan kepulan asap boleh dilihat dari jarak jauh.

image is not availableimage is not available

Golden Mile Tower yang dibina pada 1970-an pernah menempatkan pawagam terbesar di republik itu.

Bangunan itu lebih sinonim kepada rakyat Malaysia sebagai satu daripada tempat menurunkan dan mengambil penumpang bas ke dan dari Malaysia.