
LAHAD DATU: Seramai 31 orang penduduk yang terperangkap di Kg Kokos, Lahad Datu berjaya dipindahkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat ke rumah keluarga dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat di sini pada Khamis.
Ia melibatkan 14 Ketua Isi Rumah (KIR) masing-masing 5 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, 3 kanak-kanak lelaki, 9 kanak-kanak perempuan dan 2 bayi lelaki.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 sekitar jam 6.32 pagi mengenai kejadian banjir yang masih berlaku di kampung berkenaan.
Sepasukan anggota bersama 11 anggota diketuai PBKII Mohd Suait Mohammad ke lokasi kejadian yang turut disertai pasukan penyelamat daripada anggota Polis dan Esscom.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pasukan Bomba menggunakan bot dalam kerja-kerja pemindahan mangsa terbabit.
"Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat ke rumah keluarga terdekat dan Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka di kawasan terdekat", katanya menambah pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa.


