31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 10:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
TDM melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam pada Isnin. Foto TDM

ALOR SETAR - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam pada Isnin.

TDM dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 pagi tadi di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Menurut TDM, sepasukan anggota operasi yang menjalankan rondaan telah mengesan sekumpulan pendatang tanpa izin yang sedang bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 31 pendatang tanpa izin itu merupakan warga Myanmar terdiri daripada 14 lelaki, 14 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Kesemuanya berusia antara 2 hingga 42 tahun dan dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah," menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan pasukan operasi turut merampas sejumlah wang tunai, 23 telefon bimbit serta beberapa set perhiasan dipercayai barang kemas yang keseluruhan dianggar bernilai lebih RM27,000.

Kesemua pendatang tanpa izin itu telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved