Facebook Kini Mencapai 2.6 Bilion Pengguna Aktif Bulanan – Keluarga Aplikasi Menyeluruh 2.99 Bilion Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
30 Apr 2020 • 4:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka berakhir suku pertama 2020 yang lepas, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan perkhidmatan mereka.

Facebook kini mempunyai secara purata seramai 1.73 bilion pengguna setiap hari, dan ia turut mencatatkan pengguna aktif bulanan seramai 2.6 bilion pengguna aktif bulanan.

Disamping itu, kini Facebook turut berkongsi angka aktif harian dan bulanan untuk keluarga aplikasi mereka – meliputi Facebook, instagram dan WhatsApp. Kini, keluarga aplikasi mencapai 2.36 bilion pengguna aktif harian, dan seramai 2.99 bilion aktif bulanan.

Facebook dilihat mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding jangkaan awal. Salah satu sebabnya adalah kerana disebabkan penularan Covid-19 yang membuatkan lebih ramai menghabiskan masa pada laman sosial.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif di laman sosial Facebook?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved