32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

29 Jul 2024 • 11:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kebakaran di Kompleks Penjaja Huma House Batu Feringghi di George Town, Pulau Pinang semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.55 petang. – Gambar Facebook

Sebanyak 32 unit gerai penjaja di Kompleks Penjaja Huma House Batu Ferringhi di George Town, Pulau Pinang musnah terbakar semalam.

Kompleks tersebut menempatkan sebanyak 40 unit gerai penjaja.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dilaporkan berkata kebakaran pada 1.58 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.55 petang. Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat. – Getaran, 29 Julai, 2024

@getaranmy Sebanyak 32 gerai penjaja Kompleks Huma House di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang musnah akibat kebakaran semalam Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kredit : JBPM Pulau Pinang #GetaranMY #Semasa #Hiburan #isu #GayaHidup #TERKINI ♬ Very Sad - Enchan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved