
Kota Kinabalu: Sebanyak 32 badan bukan kerajaan (NGO) wanita menerima geran aktiviti bagi memperkasakan kaum hawa di Sabah.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, pemberian geran tersebut dapat memberi impak besar dalam memperkasakan masyarakat khususnya golongan wanita di negeri ini.
“Lebih 100 permohonan yang kita diterima dan sebanyak 32 NGO wanita terpilih menerima geran aktiviti penerima geran pada tahun ini.
“Seperti yang kita semua sedia maklum, NGO merupakan medium penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Pada 23 Ogos lalu sempena Majlis Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah, Ketua Menteri menyatakan pada tahun hadapan sebanyak RM 1.5 juta peruntukan diberikan kepada rakyat untuk memperkasakan golongan wanita melalui geran kepada NGO.
“Hal ini amat menggembirakan kerana dengan adanya peruntukan ini dapat memberi impak yang lebih besar kepada golongan wanita.
“Bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab, NGO wanita mempunyai peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada komuniti khususnya di negeri Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jhewa Synergy Night 2024 di sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, Pengerusi Puspanita Sabah Datuk Nuinda Alias, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
