
KOTA KINABALU: Seramai 32 pendatang tanpa izin masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mereka ialah Aidal Hami, Mohd Nuh Mukim, Bujar Angki, Rammy Arela, Juldimar Idik, Azman Abd Rahman, Benju Basir, Habir Abdullah, Al Najar, Al Najir, Al Mujib, Asran, Sailan, Gajil, Al Falsie, Louie Marinsil, Amran, Nurjimal, Alni, Bensar, Arman, Arabia, Azmin, Mohd Fadli, Nasir, Nursimah, Sera, Abu Ayir, Adam, Jenglot, Jhonrey dan Margarita, berusia antara 20 hingga 50 tahun.
AdvertisementKesemua pendatang tanpa izin yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.
Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pendatang tanpa izin itu ditahan oleh pasukan Imigresen yang menjalankan operasi di Beaufort, Sipitang, One Borneo Hypermall dan Kompleks Beli-Belah Centre Point, di sini pada Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Semasa mitigasi, mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka sudah menetap di negeri ini selama beberapa bulan dan tahun tanpa sebarang dokumen serta bekerja sebagai buruh.
AdvertisementPendatang asing tanpa izin itu juga memohon agar dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara mereka bermula dari tarikh mereka ditangkap.
AdvertisementSelepas selesai menjalani hukuman, kesemua pendatang asing tanpa izin terbabit akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim, mengendalikan pendakwaan.
