32 PTI ditahan di Tawau

26 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 32 warga asing ditahan dalam siri Operasi Sapu yang dilancarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, pada Rabu.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan JIM Sabah, warga asing berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Malaysia, Jafri Embok Taha itu, menyaksikan 90 individu diperiksa yang membawa kepada penahanan lanjut 32 pendatang asing tanpa Izin (PTI).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});

Mereka terdiri daripada lima lelaki warganegara Pakistan, 20 lelaki warga Filipina dan tujuh wanita warga Filipina.

“Semua yang ditahan didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” kata kenyataan itu.

Salah seorang warganegara Pakistan itu turut disiasat di bawah Seksyen 56(1)(l) akta sama kerana disyaki memiliki atau menggunakan dokumen palsu seperti permit masuk atau pas perjalanan yang tidak sah.

Operasi berkenaan melibatkan 43 pegawai terdiri daripada anggota JIM Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu.

Menurut kenyataan itu lagi, JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PTI.

Orang ramai juga diseru untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka bagi membantu usaha penguatkuasaan secara berterusan.

View Original Article