33 Creator Favourite Korang Tercalon Untuk TikTok Awards Southeast Asia, Undian Dibuka Hingga 26 Okt Ini!

LocalEntertainment
19 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

TikTok mengumumkan penganjuran julung-julung kali TikTok Awards Southeast Asia. Acara gilang-gemilang serantau ini bakal menghimpunkan barisan pencipta kandungan TikTok terkemuka serta bakat baharu yang sedang meningkat naik dari serata rantau ini, bagi mengiktiraf pencipta berimpak tinggi dan kandungan yang berjaya mencetuskan gelombang positif dalam komuniti.

Pada tahun ini, komuniti TikTok tempatan berpeluang mengundi dan menyokong calon dari Malaysia untuk mewakili tanah air di persada Asia Tenggara.

Fasa Undian TikTok Awards Southeast Asia Bermula 12 Oktober Hingga 26 Oktober 2026

Selaras dengan tema tahun ini iaitu ‘The Ones Who Spark It’ (Pencetus Inspirasi), TikTok Awards diadakan menerusi beberapa fasa bermula dengan fasa undian peringkat tempatan dari 12 Oktober 2026 hingga 26 Oktober 2026.

Sepanjang tempoh ini, para pengguna TikTok di seluruh Asia Tenggara boleh mengundi Calon Kebangsaan (Country Nominees) pilihan masing-masing menerusi 11 kategori yang dipertandingkan.

Creator Dengan Undian Tertinggi Bagi Setiap Kategori Berpeluang Dinobatkan Pemenang TikTok Awards Southeast Asia 2026

Pencipta kandungan yang meraih undian tertinggi bagi setiap kategori akan melangkah ke fasa seterusnya mewakili negara, sekaligus berpeluang dinobatkan sebagai Pemenang TikTok Awards Southeast Asia 2026.

Image from: 33 Creator Favourite Korang Tercalon Untuk TikTok Awards Southeast Asia, Undian Dibuka Hingga 26 Okt Ini!

Pengurus Besar Operasi Kandungan, Asia Tenggara, TikTok, Angga Anugrah Putra berkata, “Di TikTok, trend tidak muncul begitu sahaja; ia mencetuskan perbualan yang bermakna, fenomena budaya, serta impak nyata yang melangkaui skrin telefon. Barisan Calon Kebangsaan TikTok Awards tahun ini telah berjaya menterjemahkan kreativiti dan minat mereka menjadi peluang untuk membina komuniti yang pelbagai, menjana mata pencarian yang mampan, dan mengembangkan perniagaan.

“Melalui TikTok Awards Southeast Asia, matlamat kami adalah untuk menyediakan pentas serantau buat para pencipta kandungan dari Malaysia agar mereka dapat terus menyuntik keaslian, menyebarkan kegembiraan, dan mencetuskan impak positif.”

Antara calon creator yang tersenarai adalah Khairul Aming, Pin Yang, Leona, Sofyank dan ramai lagi.

Barisan Calon Dari Malasysia Mengikut Kategori TikTok Awards 2026

Calon anugerah Creator of the Year dan Rising Creator of the Year:

Calon anugerah Education Creator of the Year dan Sports Creator of the Year:

Calon anugerah Food Creator of the Year dan Entertainment Creator of the Year:

Calon anugerah Beauty & Fashion Creator of the Year dan Lifestyle Creator of the Year:

Calon anugerah Popular Video of the Year dan TikTok LIVE Creator of the Year:

Calon anugerah TikTok Shop Creator of the Year:

Langkah Untuk Mengundi Creator Favourite Anda

Berikut adalah cara-cara untuk mengundi calon kebangsaan pilihan anda menjadi wakil negara ke TikTok Awards Southeast Asia 2026:

  1. Log masuk ke aplikasi TikTok.
  2. Buat carian #TikTokAwardsSEA di ruangan carian aplikasi TikTok atau klik pautan [DI SINI] (melalui peranti mudah alih) untuk mengakses tapak mikro rasmi dalam aplikasi.
  3. Tekan butang “Undi” (Vote) untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran anda.

Setiap pengguna menerima sekurang-kurangnya 15 undian setiap hari yang boleh digunakan untuk mana-mana Calon Kebangsaan merentasi semua kategori. Undian berulang bagi calon atau kategori yang sama adalah dibenarkan.

Tekan link di menerusi QR kod di bawah untuk mengundi

Image from: 33 Creator Favourite Korang Tercalon Untuk TikTok Awards Southeast Asia, Undian Dibuka Hingga 26 Okt Ini!

Undian Ditutup 11.59 Malam, 26 Oktober 2026

Fasa undian Calon Kebangsaan TikTok Awards akan ditutup pada 11:59 malam, 26 Oktober 2026. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengundi sekarang!

Wakil Negara bagi TikTok Awards akan diumumkan pada 6 November 2026. Manakala Pemenang TikTok Awards Southeast Asia bakal diumumkan pada 27 November 2026 bertempat di Bali, Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved