34 penduduk dipindah

LocalEnvironment
3 Apr 2025 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seramai 34 penduduk daripada sembilan keluarga di Kg Muhibbah, Pangkalan Bukit Garam di sini, terjejas banjir berikutan hujan lebat di kawasan itu.

Ketua Bomba Kinabatangan, PPgB N. Azlan Shah Jamalludin berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.16 pagi.

Sejurus tiba, pasukan mendapati keluarga terbabit telah pun berpindah ke Dewan Pangkalan Bukit Garam dan tiada operasi menyelamat secara langsung diperlukan.

Bagaimanapun, pihak bomba memberi khidmat nasihat kepada penduduk, menggesa mereka berpindah ke kawasan lebih selamat jika perlu, kerana paras air kekal pada paras berbahaya.

Individu terjejas termasuk enam lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki, lapan kanak-kanak perempuan dan empat bayi perempuan.

Penduduk di sini dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan rasmi, terutamanya kerana paras air kekal tinggi.

View Original Article