35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang

Cooking
6 Apr 2023 • 5:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BISKUT berasaskan emping jagung atau cornflakes memang enak. Rangup dan berlemak, biskut ini memang mempunyai ramai tanpa mengira usia. Apa jua olahan biskut menggunakan cornflakes mendapat sambutan, gerenti licin balang.

Harga biskut raya yang dijual pun boleh tahan, jadi apa kata tahun ni kita buat sendiri. Pilih resipi yang mudah, macam Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip ni. Bahan-bahan simple, caranya pun senang. Memang boleh berjimat.

“Jom buat Biskut Cornflakes Crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

“Tahun lepas saya dah pernah share resipi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak,” titip Syuhada Che Din.

image is not available

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan

250g mentega Buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
1 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Saya letak dalam 3 cawan. Ramas dahulu)
Chocolate chips
Chocolate rice (opsyenal)
Almond nibs atau slice (opsyenal) *bakar sebentar

Cara penyediaan

1-Kacau sebati mentega gula aising dan esen vanila menggunakan senduk. Jangan pukul sampai kembang.

image is not available

2-Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu ayak bagai.

3-Kacau sebati. Adunan memang lembik, anda jangan panik.

image is not available

4-Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

image is not available

5-Sudukan adunan ke atas loyang yang disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah.

image is not available

6-Jarakkan sedikit antara biskut, kerana ia akan mengembang.

image is not available

7-Panaskan oven pada suhu 160 Celcius dalam 10 minit api atas bawah.

8-Kemudian baru boleh bakar biskut kita. Masa 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

9-Jangan panik kerana mula-mula keluar dari oven biskut agak lembut. Ia akan mengeras apabila sejuk.

10-Sejukkan dulu di atas rak kemudian barulah disimpan ke dalam balang.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.