35 kes virus baru di China hingga amaran dikeluarkan, 10 fakta Langya wanita perlu tahu

10 Aug 2022 • 11:16 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELEPAS koronavirus yang mengakibatkan Covid-19, China memberi amaran virus baharu, Langya yang menjangkiti warga republik itu.

Langya muncul sebagai virus yang mencetuskan kebimbangan setelah menjangkiti 35 individu di provinsi Henan dan Shandong di Timur China.

Apakah sebenarnya Langya dan patutkah ia menimbulkan kerisauan? Berikut 10 fakta mengenai virus itu;

1-Langya ialah virus baru daripada kategori virus zoonotik iaitu jangkitan virus daripada haiwan kepada manusia.

2-Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus itu baharu dan belum pernah merebak kepada manusia sebelum ini.

3-Ia secara rasmi digelar Langya henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus.

image is not available
Rupa Henipavirus

4-Langya terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang tidak mempunyai vaksin mahupun penawar.

5-Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), henipavirus diklasifikasikan sebagai biokeselamatan Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus.

6-Setakat ini seramai 35 individu tidak menunjukkan simptom serius atau mengakibatkan kematian. Bagaimanapun menurut Taipei Times, virus itu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati.

7-Antara gejala yang dialami ialah demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah.

8-Kesemua yang dijangkiti disahkan mempunyai sejarah kontak dengan haiwan.

image is not available

9-Para saintis mengkaji 25 haiwan dan mendapati pembawa virus Langya yang paling jelas adalah cencurut (shrew).

10-Terdahulu, virus Nipah pertama kali ditemui pada tahun 1999 di Malaysia dan Singapura menyebabkan jangkitan kepada lebih 300 kes and mengakibatkan 100 kematian. Biarpun dua dekad berlalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran ia berpotensi menyebabkan wabak.

image is not available
Saintis mengkaji 25 haiwan dan mendapati cencurut (shrew) pembawa virus Langya yang paling jelas. (Kredit foto: The Mirror UK)

Langkah pertama untuk mengelakkan kuman dengan mengikuti tabiat kebersihan diri yang baik. Cegah jangkitan sebelum ia bermula dan elakkan menyebarkannya kepada orang lain dengan langkah mudah ini.

Harvard Medical School menyarankan enam langkah asas mengelakkan jangkitan;

1-Basuh tangan selepas menggunakan bilik mandi, sebelum menyediakan makanan atau makan, selepas berkebun atau ke tandas, memberi makan atau membelai haiwan atau melawat / menjaga orang yang sakit.

2-Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu kemudian buang.

3-Basuh dan balutan luka. Sebarang luka serius atau gigitan haiwan atau manusia hendaklah dirawat oleh doktor. Jangan ganggu luka atau cela yang sedang dalam proses penyembuhan atau memicit jerawat.

4-Jangan berkongsi pinggan mangkuk, gelas atau peralatan makan.

5-Elakkan sentuhan langsung atau berkongsi tuala, sapu tangan atau barangan seumpamanya dengan orang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.