Tanah runtuh, 24 unit kediaman diarah kosong

11 Oct 2019 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 unit kediaman di Apartment Azalea, Kampung Sungai Penchala diarahkan kosong susulan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 9 malam tadi.

Kejadian di Blok A itu dilaporkan berlaku selepas hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.

Menurut seorang penduduk di sini, Mohd Khairul Sutjonoh, 39, sewaktu kejadian itu dia sedang menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan bunyi kuat di bawah apartmen berkenaan.

image is not available
Keadaan tanah runtuh berdekatan kediaman penduduk di Apartmen Azalea.

"Apabila turun saya lihat penduduk sudah ramai dan mereka maklumkan tebing bahagian belakang sudah roboh akibat tanah runtuh," katanya kepada Sinar Harian.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved