36 gempa susulan di Myanmar selepas kejadian Jumaat lalu

31 Mar 2025 • 2:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MANDALAY (Myanmar), 31 MAC: Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar hari ini mendedahkan 36 gempa susulan, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5, berlaku sehingga hari ini, lapor Xinhua.

Gempa susulan itu menyusul selepas gempa bumi dahsyat berukuran 7.9 magnitud yang menggegarkan Myanmar Jumaat lalu pada 12.51 tengah hari waktu tempatan.

– BERNAMA-XINHUA