
SANDAKAN: Seramai 36 penduduk Kampung Garinono di Batu 25 di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kg.Pertanian, selepas rumah mereka dinaiki air pada Selasa.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, berkata mangsa terbabit terdiri daripada 22 lelaki dewasa, 8 wanita, seorang warga emas, seorang kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan serta dua bayi.
“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 6.06 pagi menerusi talian MERS999 dan segera menghantar anggota bersama aset termasuk bot ke lokasi kejadian bagi membantu memindahkan mangsa terlibat.
“Antara yang dipindahkan ialah seorang lelaki dewasa yang patah kaki akibat kemalangan sebelum ini selain beberapa pelajar Tahfiz,” katanya sebelum menambah, sebuah sekolah dilapor terjejas susulan banjir itu yang tercetus ekoran hujan sejak malam Isnin lepas.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Antara agensi yang turut membantu, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut Severinus, pemantauan ke rumah-rumah di Kampung Pertanian menggunakan bot Whally Bomba dengan tujuh anggota turut dilakukan bersama ketua-ketua agensi keselamatan Sandakan.
Sehingga jam 5 petang pada Selasa, mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan kekal 36 orang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

