36 Tahun Membujang, Sharifah Amani Selamat Bernikah

10 Sep 2022 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Sharifah Amani selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz bersama pasangan, Ahmed Faris Othman dalam sebuah majlis ringkas di Kuala Lumpur.

Memetik laporan GEMPAK, majlis akad nikah dikendalikan oleh Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapa kepada Sharifah iaitu Syed Zainal Rasyid Syed Zainal Abidin.

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

image is not available

Mas kahwin bernilai RM300 dan lima dulang hantaran oleh pihak lelaki turut diserahkan dalam majlis perkahwinan berkenaaan.

Dalam pada itu, turut hadir pada majlis pernikahan tersebut ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, pelakon teater Nadiya Nisaa’ dan Megat Shahrizal.

Sekadar info, Ahmed Faris telah mengikat tali pertunangan bersama Sharifah Amani sekitar Jun lalu dan perkenalan mereka bermula sebagai rakan sekerja apabila pelakon itu dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.

image is not available 1 year lalu

'Takyah Jadi B*doh..' - Sharifah Amani Jawab Soal Jodoh, Minta Kaum Wanita Bersabar