36 wanita Helang Hikers Team Selangor sertai aktiviti pendakian gunung

27 Sep 2022 • 11:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 36 peserta wanita Helang Hikers Team Selangor menyertai Jelajah Ekspedisi Gunung Yong Yap dan Gunung Yong Belar hujung minggu lalu.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata program bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dengan penerapan nilai dan kesedaran melestarikan khazanah alam.

“Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman teori dan praktikal berhubung aspek pendakian gunung dan aspek alam sekitar.

“Siri kali ini berhasrat memperkasakan golongan wanita tentang ilmu keselamatan dan teknikal pendakian yang jarang didedahkan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Syahaizel, program sama dijadualkan pada November nanti dengan ekspedisi di Gunung Nuang.

“Ekspedisi ini memberi pengalaman yang realistik dan semestinya bagi meningkatkan penghayatan kepentingan alam sekitar,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved