
SANDAKAN: Sebanyak 37 kepala singa sumbangan kerajaan negeri disampaikan kepada persatuan tarian singa sekitar Sandakan.
Ia disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin di Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Siang Khor, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan pada Ahad.
AdvertisementHadir sama, Adun Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, Adun dilantik, Datuk Jaffari Walliam, wakil Ahli Parlimen Sandakan yang juga Penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Tzu Ching, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek dan Setiausaha Adun Tanjong Papat merangkap Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui dan yang lain.
Ketika ditemui Media, George berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa komited dalam menyediakan keperluan sambutan perayaan pelbagai latar dan kaum di Sabah dan terus memupuk keharmonian sedia ada.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Seperti tahun lepas, tahun ini, kerajaan negeri menyampaikan kepala singa kepada semua persatuan tarian singa di seluruh negeri ini untuk sama-sama meraikan kepelbagaian budaya,” jelasnya.
Tahun ini, sebanyak 500 kepala singa disumbangkan kerajaan negeri untuk keperluan persatuan terlibat di seluruh negeri Sabah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ujar George, tarian singa melambangkan budaya Cina dan diharapkan sempena tahun baharu ini, ia juga membawa satu semangat baru, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.

