378 syarikat terima status BioNexus, rekod pendapatan RM25.6 bilion

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 6:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 378 syarikat terima status BioNexus, rekod pendapatan RM25.6 bilion

PUTRAJAYA- Status BioNexus terus diperkasa sebagai platform memperkukuh syarikat bioteknologi tempatan apabila 378 syarikat menerima pengiktirafan itu sejak 2006, sekali gus merekodkan pendapatan keseluruhan lebih RM25.6 bilion selain menjana nilai eksport RM9.2 bilion ke pasaran global.

Selain itu, sebanyak 14 syarikat bioteknologi tempatan turut menerima Status BioNexus pada penganjuran Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan 2026 (NICE 2026), seterusnya membuka pada syarikat berpotensi tinggi mendapatkan sokongan pembangunan serta pelaburan.

Pengiktirafan itu disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang yang mana syarikat terlibat memperoleh akses kepada sokongan pembangunan perniagaan, kerjasama strategik, kepakaran teknikal, peluang pasaran dan sokongan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd. Khairul Fidzal Abdul Razak berkata, kerangka Status BioNexus yang diperkenalkan pada Julai 2025 dirangka bagi memenuhi keperluan industri yang terus berkembang serta memperkukuh penjajaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0.

“Status BioNexus kini memberi penekanan lebih besar terhadap pengiktirafan kerajaan, sokongan pembangunan perniagaan, akses kepada ekosistem dan pertumbuhan industri.

“Keperluan modal berbayar minimum turut dikurangkan daripada RM250,000 kepada RM150,000, sekali gus memperluas akses kepada sokongan dan bantuan bagi syarikat bioteknologi yang masih baharu tetapi berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mohd. Khairul berkata, keutamaan Bioeconomy Corporation adalah untuk membina komuniti syarikat berstatus BioNexus berteraskan kualiti, kredibiliti dan potensi komersial.

“Kami bukan sekadar mengejar angka untuk membesarkan komuniti syarikat berstatus BioNexus.

“Keutamaan kami adalah untuk mengenal pasti dan menyokong syarikat yang mempunyai inovasi kukuh serta berpotensi besar daripada segi pengkomersialan, eksport, pembangunan teknologi dan impak kepada negara,” katanya.

Secara keseluruhan, syarikat berstatus BioNexus telah menjana pendapatan sebanyak RM25.6 bilion dan mewujudkan lebih 14,500 peluang pekerjaan serya merekodkan pelaburan yang telah diluluskan berjumlah RM8.6 bilion, dengan hampir RM5 bilion daripadanya telah dilaksanakan.

Nilai eksport pula mencecah RM9.2 bilion, meliputi pasaran seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Timur Tengah. – KOSMO! ONLINE

The post 378 syarikat terima status BioNexus, rekod pendapatan RM25.6 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved