Kemaskini iOS 13.1 Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
25 Sep 2019 • 1:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemas kini iOS 13 baru sahaja diberikan minggu lalu membawakan pelbagai fungsi menarik yang selama ini tidak disokong. Namun begitu ia turut hadir dengan beberapa pepijat seperti aplikasi tertutup dengan sendiri dan yang skrin tidak responsif. Sebentar tadi kemas kini iOS 13.1 akhirnya boleh dimuat turun.

image is not available
Saiz kemas kini ialah 506.2 MB. Ia membaiki beberapa pepijat dan menambah baik sistem peranti. Berdasarkan log yang diberikan, ia turut mengaktifkan fungsi cip U1 pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max yang mengesan arah peranti. Dengan ini nama pengguna yang berada di depan peranti akan muncul pertama sekali apabila menggunakan AirDrop. Apabila Apple Maps digunakan pula, aplikasi boleh menghantar anggaran masa ketibaan secara masa nyata. Turut disenaraikan ialah puluhan pepijat lain seperti masalah log masuk Apple ID yang berlaku kepada sesetengah pengguna.

View Original Article