38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah

20 Feb 2023 • 8:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

38 kedai makan menawarkan menu Rahmah di Sarawak.

38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah. Seiring dengan peningkatan harga bahan-bahan mentah serta barang keperluan asas masyarakat masa kini, program diberikan nama Menu Rahmah ini merupakan idea bernas yang menawarkan hidangan sihat pada harga berpatutan kepada orang ramai.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau percaya bahawa ada banyak lagi kedai makan yang bakal turut serta menawarkan Menu Rahmah di Sarawak.

image is not available
38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah. Menu rahmah di Dietfit Kuching

Banyak kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah

Setakat ini, beliau berkata terdapat 38 buah kedai makan termasuk di kawasan luar bandar negeri ini yang menawarkan Menu Rahmah.

Dalam masa yang sama KPDN juga akan terus mempromosi dan menggalakkan kedai makan di luar bandar untuk menawarkan Menu Rahmah ini.

Buat kedai makan di luar sana yang ingin menyertai program Menu Rahmah ini, ia adalah secara sukarela atas alasan ingin membantu orang lain. Program ini bertujuan untuk meringankan beban di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah akibat peningkatan kos sara hidup.

image is not available

Mydin tawar menu rahmah untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam

Di Mydin Vista Tunku dan Mydin Samariang pula, anda boleh mendapatkan Menu Rahmah untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.

Untuk menu sarapan pagi, Mydin menawarkan menu pada harga serendah RM 2.50 manakala buat makan tengah hari pula mereka menawarkan makanan dnegan harga RM 4.90.

Ketahui kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah di sini: