38 tahun bersama PDRM, saya tak pernah terlibat dalam parti politik – Khalid Ismail

LocalPolitics
23 Jun 2025 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik.

Menurut laporan Berita Harian, beliau menerima dengan hati terbuka berhubung kesilapan yang dilakukan dalam laporan berita berkaitan perkara tersebut.

Khalid Ismail

image is not available

“Selama 38 tahun saya bersama PDRM, saya tidak pernah terbabit dalam mana-mana parti politik.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka, insya-Allah pihak yang berkenaan sudah memohon untuk bertemu dengan saya dan saya akan bertemu dengan mereka dalam masa terdekat ini,” katanya.

Mohd Khalid berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap hubungan antara polis dan media diteruskan memandangkan dua pihak tersebut memegang tanggungjawab yang penting dalam menyampaikan berita sahih kepada rakyat.

Khalid Ismail

image is not available

“Saya berharap hubungan yang rapat perlu diteruskan di antara polis bersama wartawan semua kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sinar Harian sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj, dalam insiden penyiaran info grafik melibatkan Ketua Polis Negara yang mencetuskan kekeliruan, baru baru ini.

Dalam satu kenyataan, Sinar Harian berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti punca kesilapan berkenaan dan telah mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam tempoh siasatan ini, staf berkenaan serta penyelia Unit Media Sosial yang meluluskan infografik berkenaan akan digantung tugas buat sementara waktu.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)