APMM tahan bot nelayan tempatan

29 Apr 2020 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menggunakan pukat tunda pada jarak 0.5 batu nautika dari Sungai Chandong, Pulau Indah pada Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot jenis Kelas B itu dikendalikan oleh seorang tekong dan dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 52 tahun.

“Mereka mengambil kesempatan dan jalan mudah mencari keuntungan kerana menganggap ramai anggota maritim tidak keluar sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya melalui kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mohammad Rosli berkata, bot dan kesemua lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di mengikut Akta Perikanan 1985 kerana didapati melanggar syarat sah lesen yang telah ditetapkan apabila membuat penangkapan ikan pada jarak kurang dari 8.0 batu nautika,” katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved