39,548 calon hadir ujian bertulis SPM

3 Jan 2025 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seramai 39,548 calon hadir pada hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung di seluruh negeri, Khamis.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, peperiksaan itu akan diadakan selama lima minggu, dari Khamis hingga 6 Februari.

Advertisement“Daripada jumlah itu, 35,232 ialah pelajar sekolah KPM, 472 calon sekolah di bawah agensi kerajaan, manakala 234 calon daripada Sekolah Menengah Agama Negeri.

“Manakala terdapat 2,425 calon persendirian dan 1,185 calon Sekolah Swasta.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bagi Sabah, peperiksaan SPM 2024 juga melibatkan 313 pusat peperiksaan dan 3,378 pengawas peperiksaan,” katanya ketika berucap merasmikan peperiksaan SPM negeri di SMK Mat Salleh Ranau, Khamis.

Sementara itu, Raisin berkata JPN Sabah telah mengenal pasti kawasan yang dilanda banjir tetapi tiada satu sekolah pun terjejas.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“JPN Sabah bersedia dengan mekanisme dan langkah persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk musim banjir semasa peperiksaan SPM 2024,” katanya.

Calon dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pihak sekolah atau JPN Sabah dengan segera sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan, atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran akibat ditimpa bencana.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat JPN Sabah.

“JPN Sabah komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM 2024 dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“JPN Sabah sentiasa mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” katanya.

JPN Sabah mengingatkan semua calon peperiksaan SPM supaya merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan penyata pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan pengurusan peperiksaan berjalan lancar,” katanya.