394 Kawasan Di Petaling, KL & Hulu Langat Bakal Alami Gangguan Bermula 10 Pagi – Air Selangor

11 Aug 2022 • 9:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

394 Kawasan Di Petaling, KL & Hulu Langat Bakal Alami Gangguan Bermula 10 Pagi – Air Selangor

Jabatan Air Selangor memaklumkan bahawa tugas loji rawatan air Langat 2 dihentikan sementara bermula 4:30 pagi ini ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang.

Menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya, pencemaran bahan kimia itu dipercayai berpunca daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam.

Ekoran pemberhentian tugas itu, sejumlah 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi ini.

Menurut Jabatan Air Selangor, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.