Gagal sedia alat pengesan suhu, kedai serbaneka diarah tutup

14 Jun 2020 • 6:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LUMUT - Sebuah kedai serbaneka diarah tutup serta-merta selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan mendapati premis yang beroperasi di Taman Sejati 2 itu gagal menyediakan alat pengesan suhu serta buku pendaftaran yang tidak dikemas kini.

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini.

"Pemilik premis itu didapati gagal mematuhi arahan PKPP dan diarahkan tutup serta-merta. Premis itu dibenarkan beroperasi selepas memenuhi SOP yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik premis perniagaan dinasihatkan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

"Pihak berkuasa tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang masih gagal mematuhi SOP PKPP ini," katanya.




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved