Motosikal rempuh pokok, penunggang maut

23 Jun 2019 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LABUAN - Seorang penunggang motosikal maut, selepas kenderaannya itu merempuh pokok di Jalan Tanjung Purun, berhampiran Arena Bowling Padang Antarabangsa Labuan dekat sini, awal pagi Sabtu.

Ketika kejadian jam 4 pagi itu, Muhamad Afiq Mohamad, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Udara Labuan.

Ketua Polis Labuan, Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Orang ramai yang melihat kejadian telah melaporkannya kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan selanjutnya.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved