Sultan Nazrin berkenan sertai larian Hari Keputeraan

17 Nov 2019 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi serta ketua-ketua jabatan.

Larian itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 yang disambut pada 1 November lepas disertai hampir 8,000 orang.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 6.5km manakala peserta kategori tetamu kehormat VVIP yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada jam 6.45 pagi itu disertai 4,500 peserta bagi kategori 15km,10km dengan 2,500 peserta dan 6.5km dengan 350 peserta manakala kategori VVIP disertai 300 peserta.

Larian itu juga sertai oleh beberapa pemain sepak takraw dan pemain hoki Perak. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved