Pelajar asing pilih Malaysia kerana negara Islam, aman

29 Aug 2019 • 4:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Naib Presiden 1 Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU), Abu Bakar Jalaluddin menyifatkan Malaysia sebagai negara Islam yang kondusif sehingga menjadi pilihan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menurutnya, biarpun ada sesetengah pelajar asing bukanlah beragama Islam, namun mereka merasakan Malaysia punyai persekitaran yang boleh diterima kerana aman dan selesa.

“Pelajar antarabangsa ini tertumpu pada Malaysia atas sebab tertentu termasuk melihat negara ini sebuah negara Islam, kondusif dan persekitaran yang boleh diterima.

“Walaupun mereka ini kebanyakannya bukan Islam tetapi mereka merasa aman dan selesa untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

“Sebab kedua adalah kerana ekonomi Malaysia masih ditahap baik berbanding negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri Ke-123 bertajuk Pelajar Asing: Kenapa Banyak Masalah? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved