'Waris tanah' bantah pengambilan Kampung Baru

21 Sep 2019 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Beberapa orang pemuda yang mendakwa mereka sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru hari ini mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda di sini bagi membantah cadangan pembangunan semula kawasan tersebut oleh kerajaan.

Mereka hadir lengkap mengenakan pakaian serba hitam dengan membawa sepanduk yang tertera tulisan mempertahankan Kampung Baru.

Wakil jurucakap kumpulan berkenaan, Azrul Azri Mohd Sani berkata, dalam isu tersebut kerajaan jelas bersikap meminggirkan suara belia di kawasan berkenaan.

image is not available
Azrul Azri (depan, kanan) bersama pemuda yang mendakwa sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini. Foto: ROSLI TALIB

"Majlis Perbadanan Kampung Baru dan Kementerian Wilayah tidak memanggil kami untuk berkongsi, apakah pelan pembangunan yang mereka mahu lakukan.

"Mereka juga seperti mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan keadaan ekonomi sekarang yang teruk, mereka tawarkan seperti bulan dan bintang, yang kita tidak tahu apa pucuk pangkalnya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia berharap agar pewaris dan pemilik tanah di kawasan berkenaan berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil tindakan untuk menjual tanah-tanah milik mereka kepada kerajaan.

"Saya berharap pewaris dan pemilik tanah berfikir banyak kali sebelum mengambil sebarang tindakan dan keputusan," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved