Covid-19: 12 kawasan zon merah di Selangor

7 Nov 2020 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 12 kawasan zon merah melibatkan enam daerah semalam.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini sebanyak 164 kes yang mana keseluruhannya melibatkan jangkitan tempatan.

"Enam daerah yang berada dalam zon merah melibatkan Klang (Kapar, Klang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh), Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).

"Selain itu, daerah Gombak(Batu) dan Hulu Langat (Kajang)," katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu turut memaklumkan Selangor mencatatkan 5,754 jumlah keseluruhan wabak koronavirus (Covid-19) setakat ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan semula kenaikan dengan 30.2% kes aktif yang perlu dirawat.

ARTIKEL BERKAITAN PKPB di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved