3R: Siasatan hampir selesai - KPN

LocalPolitics
16 Jul 2023 • 2:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Siasatan polis terhadap tiga pemimpin parti berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) sudah hampir selesai dan dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara, minggu depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu terbabit ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Ketiga-tiga mereka telah memberikan kenyataan masing-masing.

“Siasatan polis juga sudah hampir selesai dan kita akan hantar kertas siasatan ke peguam negara secepat mungkin, mungkin minggu depan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R berkenaan dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved