Unifi Plus Box Dengan Sokongan 4K Dan Google Assistant Akan Dilancarkan Esok

TechnologyDigital
14 Jan 2020 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini telah hadir dengan imej acah, memperlihatkan mereka akan melancarkan Unifi Plus Box secara rasminya esok, 15 Januari 2020.

Unifi Plus Box bakal hadir dengan sokongan Android TV, sekaligus membolehkan pengguna membuat kawalan menggunakan arahan suara melalui Google Assistant, dan dilengkapi akses kepada Play Store untuk membeli kandungan.

image is not available

Unifi Plus Box juga turut menawarkan sokongan paparan 4K, dan membolehkan pengguna menggunakan ciri Chromecast bersama dengannya.


Ini sekaligus membolehkan pengguna mengakses semua kandungan media dengan mudah melalui Unifi Plus Box – termasuk mengakses perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti iFlix dan sebagainya.

Telekom Malaysia juga turut akan melancarkan saluran beresolusi 4K yang pertama di Unifi TV, iaitu Love Nature 4K.

Kita mungkin akan mendengar lanjut berkenaan dengan penawaran Unifi Plus Box ini secara rasminya esok, 15 Januari 2020 ini.