Xiaomi Mi 9T Dijangka Menerima Kemaskini Android 10 Seawal Bulan Hadapan

TechnologyDigital
12 Sep 2019 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah pun memperkenalkan kemaskini Android 10 pada bulan ini, dimana beberapa peranti telah mula menerimanya – termasuk untuk Redmi K20 Pro di China. Kini, menyentuh mengenainya, pihak Xiaomi melalui Ausdroid dilihat berkongsi mengatakan menyasarkan untuk penawaran kemaskini Android 10 untuk Xiaomi Mi 9T seawal bulan Oktober 2019 ini.

image is not available

Sekiranya benar dan berjaya dilaksanakan, maka ia akan membuat lebih ramai berminat dengan jenama Xiaomi – apatah lagi ramai yang membeli jenama berkenaan adalah peminat kepada gajet dan teknologi; serta semestinya ingin mencuba sistem operasi terbaru dengan lebih pantas.

Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengeluarkan jadual kemaskini penuh mereka. Sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan kemaskini Android 10 untuk peranti-peranti lain dalam masa terdekat ini.