4,000 bebas muflis sempena Aidilfitri - PM

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

PUTRAJAYA - Dianggarkan sekitar 4,000 individu terutama ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan secara 'fast track' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikhtiar pelepasan kebankrapan itu merupakan sebahagian langkah untuk meringankan beban rakyat.

"Kerajaan Madani menerusi Jabatan Insolvensi akan melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara 'fast track'.

"Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras kerajaan dalam memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, beliau turut mengulangi nasihat supaya rakyat terus berbelanja secara berhemah sepanjang meraikan Syawal.

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secara berdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan," katanya.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved