4,000 pengunjung dijangka hadir Sepilok Jazz 2025

LocalEntertainment
16 Mar 2025 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SERAMAI 4,000 pengunjung dari seluruh dunia dijangka menghadiri Sepilok Jazz 2025 yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 September hadapan.

Memasuki penganjuran edisi ke-4, acara berkenaan bukan hanya menjadi sebuah festival muzik semata-mata malahan memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemuliharaan marin.

Dianjurkan oleh Friends of Sea Turtles Education & Research (FOSTER) acara terbabit berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi pemuliharaan penyu laut.

Menggabungkan muzik dan advokasi alam sekitar Sepilok Jazz 2025 turut bertujuan menggalakkan pengunjung untuk menghargai muzik jazz selain kepentingan melindungi biodiversiti marin Sabah.

Presiden FOSTER Alexander Yee berkata setiap tiket yang dibeli akan menyumbang secara langsung kepada kesinambungan inisiatif pemuliharaan.

“Dana yang dikumpulkan mampu menyokong pelbagai program pemuliharaan termasuklah pemantauan sarang, inisiatif pendidikan komuniti dan usaha pemulihan habitat bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk penyu laut.

“Edisi tahun lalu merupakan satu kejayaan besar yang mana mampu menarik lebih daripada 1,500 pengunjung tempatan dan antarabangsa.

“Tahun ini kami menyasarkan untuk menyambut 3,000–4,000 pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi festival ini sebagai salah satu acara jazz paling unik di Malaysia,” kata Yee dalam sidang media di Sandakan baru-baru ini.

Sementara itu Sepilok Jazz 2025 bakal menampilkan persembahan hebat daripada dua legenda jazz yang juga pemenang dua kali Anugerah Grammy pemain saksofon Ernie Watts dan ‘King of Swing’ Singapura Jeremy Monteiro.

Persembahan ini merupakan sebahagian daripada jelajah khas bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke-80 Ernie dan ulang tahun ke-65 Jeremy.

Selain itu pengunjung juga boleh menyaksikan barisan pemuzik jazz tempatan dan antarabangsa lain.

View Original Article