
Jenama pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla mengumumkan model Cybertruck alami masalah pedal pemecut tersekat dan terpaksa memanggil semula 4,000 unit yang terjual.
Menurut laporan Amanz, masalah itu terjadi apabila pelapik besi pada pedal minyak mudah tertanggal dan akan menyebabkan ia tersekat. Bahaya gila dan boleh menyebabkan kemalangan!
Menariknya, keupayaan pihak Tesla menyelesaikan masalah itu hanya dengan menggunakan teknologi purba saja iaitu dengan penggunaan rivet.
Here is the @cybertruck 35 second recall fix at the Cyber takeover event pic.twitter.com/XGsINAEFHQ
Rivet akan menyambungkan dua bahagian logam dengan mudah dan pantas tapi cara ini tetap ada kelemahannya.
Untuk pengetahuan korang, rivet ni sebenarnya hanya sementara saja dan penyelesaian kekal bagi masalah yang dihadapi Cybertruck ini akan diumumkan Tesla nanti.
Kredit: Amanz

