4.3 Bilion Penduduk Dunia Kini Memiliki Telefon Pintar

TechnologyDigital
14 Oct 2023 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GSMA berkongsi laporan mengenai jumlah pengguna telefon pintar di dunia sehingga penghujung 2022. Menurut anggaran mereka 4.3 bilion yang bersamaan 54% penduduk dunia kini memiliki telefon pintar. Sementara itu terdapat 4.6 bilion bersamaan dengan 57% penduduk bumi kini mengakses internet menerusi rangkaian selular.

image is not available

Dari jumlah ini hampir 4 bilion mengakses internet mudah alih menerusi telefon pintar dan 600 juta lagi menggunakan telefon mudah alih biasa. Seramai 350 juta lagi memiliki telefon pintar tetapi tidak mengakses internet selular.

Sebanyak 69% pengguna mengakses internet menerusi rangkaian 4G dan 17% lagi mengakses menggunakan rangkaian 5G. Di kawasan Sub Sahara Afrika 69% akses internet masih dilakukan menerusi peranti 3G. Di Timur Tengah dan Afrika Utara pula rangkaian internet 3G masih digunakan oleh 33% pengguna.

image is not available

Terdapat 3.4 bilion penduduk bumi masih tidak mengakses internet mudah alih walaupun tinggal di kawasan yang mempunyai rangkaian internet selular. Secara purata kelajuan muat turun global ini ialah 34 Mbps. Untuk laporan penih