4.3 Juta Kenderaan Masuk Melalui 2 Pintu Sempadan

LocalCars
22 Oct 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lebih 4.3 juta kenderaan memasuki negara ini melalui dua pintu sempadan Johor-Singapura dengan caj jalan (RC) sebanyak RM87,944,580.00 dikutip sehingga September tahun ini.

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH- Bakri) berhubung jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura.

image is not available

Secara purata 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura, setiap hari.

Katanya, setiap hari dianggarkan 89,818 perjalanan dilakukan pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi tempoh sama.

"Purata harian jumlah perjalanan kenderaan adalah kereta (31,194), motosikal (53,000) , komersial bas (3,531) dan komersial lori (2,093)," katanya .

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved