4-3 : Nasib atau Taktikal?

Football
21 Mar 2024 • 2:30 PM MYT
Izzul Aiman
Izzul Aiman

Fresh Content Creator - Mainly talks about current issues and book reviews

image is not available
Keputusan perlawanan suku akhir Piala FA England. Screenshot: Google

Dunia bolasepak seluruh dunia amnya telah dikejutkan dengan kemenangan saat akhir oleh pasukan yang berpengkalan di Manchester, Si Setan Merah atau Manchester United ke atas Liverpool pada suku akhir Piala FA pada Ahad malam.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi rekod tanpa kalah Man Utd kepada Liverpool (Perlawanan Piala FA di Old Trafford) selama 100 tahun.

Walapun bermain dengan tidak begitu baik dan menerima asakan bertali arus dari Liverpool semenjak minit pertama wisel ditiup, pertahan Manchester United terutamanya penjaga gawang, Andre Onanaa begitu tangkas menjaga tiang gol (Betul kata orang, apa bila melawan Liverpool, yang ‘GOAT’ pun boleh beraksi cemerlang). Jaringan pertama Man Utd hadir melalui sentuhan McTominay yang begitu tenang menyentuh bola kedalam jaring gol Liverpool setelah bola ditampan keluar oleh penjaga gol.

Namun Liverpool tidak duduk diam apabila menjaringkan gol penyamaan oleh MacAllister, seorang pemain kawan rapat Lionel Messi dan gol pendahuluan Liverpool hadir beberapa minit sebelum masa rehat, melalui siapa lagi kalau bukan Mo Salah.

Pada separuh masa kedua, Man Utd menggandakan usaha dan serangan sebelum akhirnya gol kedua hadir pada minit ke 86 melalui si gasing, Anthony yang melakukan percubaan lemah ke bucu kiri tiang gol Liverpool menggunakan kaki kanan. Perlawanan masuk ke masa tambahan dan gol Liverpool hadir melalu jaringan Harvey Elliot yang merembat deras sebelum terkena pertahanan Man Utd dan terbias kedalam gawang gol yang dikawal Onana.

Pantang mundur sebelum kalah, pada saat-saat akhir perlawanan, gol dijaringkan oleh Marcus Rashfors meletakkan kedudukan seri 3-3 sebelum Amad Diallo, seorang anak muda yang berpuasa pada hari perlawanan, meletakkan Man Utd di hadapan sekaligus memastikan kemenangan Manchester United ke atas Liverpool pada minit akhir perlawanan.

Kemenangan ini membawa Manchester United ke separuh akhir Piala FA dan akan bertemu dengan Coventry City pada 20April 2024 dan sekiranya layak ke final, akan bertemu sama ada Chelsea atau pun Manchester Derby akan berlangsung di Wembley nanti.

Pada perlawanan ini, taktikal Ten Hag sememangnya menjadi dengan beliau terus terdesak untuk kekal di Old Trafford untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi.


Izzul Aiman adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.