4,334 kes baharu, 10 kematian akibat Covid-19

14 Aug 2022 • 11:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,334 kes semalam berbanding 3,943 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,732,502 kes dengan 44,617 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 42,926 menjalani kuarantin di rumah, 1,595 kes menerima rawatan di hospital, 68 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 28 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 58.5 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 18.2 peratus.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes di luar hospital, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik 36,080 kes.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved