4,385 Kes HFMD Direkod Di Sabah

LocalHealth & Fitness
30 Apr 2025 • 10:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

4,385 Kes HFMD Direkod Di Sabah

KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) — Sebanyak 4,385 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan dari 1 Jan hingga 19 April lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman.

Beliau dalam kenyataan di sini malam ini berkata 83 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.

“Lima daerah mencatatkan kumulatif kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu dengan 705 kes, Papar (578 kes), Penampang (450 kes), Keningau (431 kes) dan Tawau (262 kes).

“Kesemua kes yang dilaporkan adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa melibatkan kes di unit rawatan rapi (ICU) atau kematian,” katanya.

Dr Maria berkata majoriti jangkitan HFMD berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah, dengan 10 sekolah dilaporkan sebagai kluster.

Beliau berkata lima daripada sekolah itu diarah tutup sepenuhnya, manakala selebihnya melibatkan penutupan sebahagian kelas tertentu bagi membolehkan siasatan lanjut dan kerja-kerja pembersihan serta disinfeksi dijalankan.

Sementara itu, orang ramai disaran untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta mengelakkan kanak-kanak yang bergejala daripada menghadiri pusat jagaan atau tempat awam bagi mencegah penularan jangkitan.

Sumber: BERNAMA

The post 4,385 Kes HFMD Direkod Di Sabah appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved