4,634 calon bakal duduki STAM 2022 bermula 16 Januari ini

10 Jan 2023 • 7:25 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), STAM tahun 2022 akan dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari ini.

“Selain itu, calon-calon juga akan menduduki peperiksaan berkenaan pada 30 dan 31 Januari serta 2 Februari tahun ini.

“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” kata kenyataan itu lagi.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved